Wednesday 11 September 2019

Jalan - Jalan : Trip to Hatyai (Part 1)



Assalamualikum..


Awal bulan lepas kami pergi berjalan-jalan ke Hatyai, tapi hari ni baru terasa nak bercerita. Tiba-tiba teringat ada blog, setelah sekian lama tak update apa-apa kat sini. lol.


Macam biasa, kalau nak pergi bercuti memang susah kalau plan awal-awal, so kejadian pergi Hatyai kali ni pun perbincangan hanya beberapa minggu. eh, tiba-tiba dah sampai gitu. Orite, so 1st entry kali ni Mell cerita pasal bajet and perancangan perjalanan sahaja. Next entry kita cerita lebih details lah ye.


Perjalanan kali ini, melibatkan 7 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak. Ramai tapi best tak banyak kerenah. Masing-masing memang pergi nak makan je. Ye lah Hatyai memang popular dengan 'Food Heaven' kan. So trip ni memang tak ada banyak gambar berjalan. Banyak gambar makanan sahaja. trip pun 2 hari 1 malam je, memang tak sempat sangat nak pergi jalan.


Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur, kami memulakan perjalanan pada pukul 11 malam naik kereta. Walaupun perancangan awal masing-masing nak naik train dari Kuala Lumpur sampai ke Hatyai. Tetapi last minit kami tukar plan sebab setelah dibuat pergiraan naik kereta lagi murah. Tapi kepada siapa nak cari pengalaman naik kereta api, silakan. Tapi kita orang tak lah masuk Thailand dengan kereta. Kami parking di padang besar, parking disebelah bangunan bebas cukai padang besar. Parking untuk semalaman RM30.00. Dekat kawasan parking tu pun dah ada Van-van untuk masuk sempadan dan terus ke Hatyai, harga around 1,000 baht – 1,200 baht. Tapi kami buat keputusan untuk ambil van selepas cop passport. Lepas cop passport dekat immigration baru cari van pergi ke Hatyai, kena cari van yang murah jangan takut nak bertanya kang tak pasal-pasal kena jalan kaki ke Hatyai dari Danok
         

Dari Kuala Lumpur kami bertolak pukul 11pm sampai sempadan betul-betul pukul 7am. Itu pun sebab banyak jugak berhenti-henti, sebab memang dah bajet nak sampai sempadan pukul 7 pagi. Kalau nak beratur depan-depan boleh lah sampai awal-awal lagi pun kuanter buka pukul 7.30pg. Kami sampai tu dah ramai yang beratur. Lama juga beratur pukul 9 lebih baru settle untuk cop passport.

Jangan lupa isi kad putih untuk pelawat tu. lebih baik isi sebelum sampai depan kuanter. Sebab ni pertama kali kitaorng masuk Thailand sendiri, kelam kabut juga lah nak mencari card putih tu. Kalau tanya kat pakcik driver bas pelancong tu, diaorng jual RM2.00 satu kad. Tapi sebab dasar kedekut tak beli pun. Sorang dari kami, meredah lautan manusia terus pergi ke kuanter untuk mintak kad tu. Dapat free je tau tak. Kuang asam punya pakcik. Keluar je dari bangunan immigration ramai dah driver van untuk ke Hatyai menanti penumpang. Memang dia orang dah tau nak pergi Hatyai. Kami pilih Van yang agak besar jugak. Muat untuk kami 12 orang, budak-budak pun dapat seat. Satu van kami dapat dengan harga 700 baht. Jadi dibahagi sorang 70 baht. Sorang RM10, Okey lah kan.

Perjalanan dari Danok ke Hatyai lebih kurang 1 jam je. Dia hantar terus ke Hotel. V.I Hotel Hatyai, selesa sangat. Maaf lupa nak snap gambar hotel, ni hasil google sahaja. Kami ambil 4 bilik Executive Double, setiap bilik ada double Queen bad. Harga semalam hotel RM110.00 so satu bilik boleh masuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak kos RM 50.00+- untuk dewasa.  




Okey, sampai sini je untuk Part 1, tunggu nanti update part 2 pula. InsyaAllah. 

Bye,
Mell.

No comments:

Post a Comment