Monday 4 April 2016

K-Drama : Descendants of the Sun (Song Jong Ki & Song Hye Kyo)

Descendants of the Sun-p1.jpg

Hari ni nak cerite sikit drama yang tengah tgk. Descendants of the sun, drama yang tengah meletop-letop dan menjadi antara bualan antara peminat drama korea. Banyak dah forum2 yang dok cerita pasal kehebatan drama ni. Penyebab utama drama ini dinanti-nantikan apabila drama ini adalah drama pertama Song Jong Ki selepas Jong Ki keluar dari latihan khidmat negara (Army Military) dan menjadi apabila membawa watak seorang pengawai tentera yang berkarisma. Sangat berkarisma ok, iolls dah jatuh cinta dengan Jong Ki, Hye Kyo tepi sane main jauh-jauh. eh.
Drama ni 16 ep, sampai minggu ni dah 12 ep. So tinggal lg 4 ep. Eam, cite best mmg rasa macam cepat je habis. kalau tak berjanggut tunggu nak abis. Boleh ke request cite ni jadi 50 ep. Biarlah kami muak tgk Jong Ki, tak pe. Asal kami happy.


Mell cite sikit episod awal-awal cite ni ye dulu nanti kalau sempat mell cite sampai abis.


Shi Jin (Song Jong Ki) seorang kepten pasukan khas, yang bertugas di luar korea selatan. Shin Ji dan Sarjan Dae Young (Jin Goo) telah menangkap seorang pencuri semasa meraka sedang bercuti. Semasa pencuri tersebut dapat ditangkap pencuri tersebut tercedera dan mereka membantu pencuri tersebut untuk mendapatkan rawatan dan mengantar ke hospital. Tetapi dalam tak sedar handphone Dae Young dicuri oleh pencuri tersebut. Mereka mencari pencuri tersebut dihospital untuk mendapatkan handphone semula. 

Di dalam wad kecemasan, Shi Jin telah bertemu dengan Dr. Mo Yeon (Song Hye Kyo) dan terus jatuh cinta, kire macam cinta pandang pertamalah. huhuhu. Tetapi Dr. Mo Yeon mengaggap Shi Jin adalah ketua pencuri tersebut. Dengan bantuan doktor tentera Myeong Joo yang bertugas bersama-sama dengan mereka dan juga kawan Mo Yeon semasa belajar berubatan membuktikan menyakinkan bahawa Shi Jin adalah seorang askar.

Shi Jin dan Mo Yeon berkenalan dan jatuh cinta, tetapi tuntutan kerja mereka sebagai seorang anggota tentera dan doktor tidak berjalan dengan lancar kerana masa dan tanggung jawap yang berbeza. Shi Jin sebagai seorang tentera, membunuh untuk melindungi nyawa dan Mo Yeon sebagai seorang doktor menyelamatkan semua nyawa walaupun perlu mengadaikan nyawanya sendiri. Akhirnya mereka berpisah. Shi Jin mendapat perintah membawa pasukannya untuk misi keamanan di negara Uruk.

Lapan bulan kemudian, Mo Yeon berselisih faham dengan ketua dihospital yang dia bertugas. Oleh kerana itu Mo Yeon mendapat hukuman untuk memimpin pasukan perubatan ke Uruk. bermula dari hari itu Mo Yeon bertemu semula dengan Shi Jin. 

Eh, macam penat plak nak teruskan mengarang..hahaha..tak pe lah..nanti mell sambung ye. lepas cite ni abis lah kot. Sementara tu layan gambar dulu ye....






 Drama ni bayak sangat scene sweet-sweet tahap potong kaki punye. Chemistry antara Jong Ki  dengan Hye Kyo sangat kuat. Tapi bukan song song couple ni je kite tak sabar nak tengok, couple kat bawah ni pon tak kurang hebat. Sweet! 

3 comments:

  1. hello i'm yusrina greetings from malaysia please visit me at http://albumretro.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. i root the second couple, main couple too cheesy lah, hahaha

    ReplyDelete