Wednesday 11 September 2019

Jalan - Jalan : Trip to Hatyai (Part 1)



Assalamualikum..


Awal bulan lepas kami pergi berjalan-jalan ke Hatyai, tapi hari ni baru terasa nak bercerita. Tiba-tiba teringat ada blog, setelah sekian lama tak update apa-apa kat sini. lol.


Macam biasa, kalau nak pergi bercuti memang susah kalau plan awal-awal, so kejadian pergi Hatyai kali ni pun perbincangan hanya beberapa minggu. eh, tiba-tiba dah sampai gitu. Orite, so 1st entry kali ni Mell cerita pasal bajet and perancangan perjalanan sahaja. Next entry kita cerita lebih details lah ye.


Perjalanan kali ini, melibatkan 7 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak. Ramai tapi best tak banyak kerenah. Masing-masing memang pergi nak makan je. Ye lah Hatyai memang popular dengan 'Food Heaven' kan. So trip ni memang tak ada banyak gambar berjalan. Banyak gambar makanan sahaja. trip pun 2 hari 1 malam je, memang tak sempat sangat nak pergi jalan.


Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur, kami memulakan perjalanan pada pukul 11 malam naik kereta. Walaupun perancangan awal masing-masing nak naik train dari Kuala Lumpur sampai ke Hatyai. Tetapi last minit kami tukar plan sebab setelah dibuat pergiraan naik kereta lagi murah. Tapi kepada siapa nak cari pengalaman naik kereta api, silakan. Tapi kita orang tak lah masuk Thailand dengan kereta. Kami parking di padang besar, parking disebelah bangunan bebas cukai padang besar. Parking untuk semalaman RM30.00. Dekat kawasan parking tu pun dah ada Van-van untuk masuk sempadan dan terus ke Hatyai, harga around 1,000 baht – 1,200 baht. Tapi kami buat keputusan untuk ambil van selepas cop passport. Lepas cop passport dekat immigration baru cari van pergi ke Hatyai, kena cari van yang murah jangan takut nak bertanya kang tak pasal-pasal kena jalan kaki ke Hatyai dari Danok
         

Dari Kuala Lumpur kami bertolak pukul 11pm sampai sempadan betul-betul pukul 7am. Itu pun sebab banyak jugak berhenti-henti, sebab memang dah bajet nak sampai sempadan pukul 7 pagi. Kalau nak beratur depan-depan boleh lah sampai awal-awal lagi pun kuanter buka pukul 7.30pg. Kami sampai tu dah ramai yang beratur. Lama juga beratur pukul 9 lebih baru settle untuk cop passport.

Jangan lupa isi kad putih untuk pelawat tu. lebih baik isi sebelum sampai depan kuanter. Sebab ni pertama kali kitaorng masuk Thailand sendiri, kelam kabut juga lah nak mencari card putih tu. Kalau tanya kat pakcik driver bas pelancong tu, diaorng jual RM2.00 satu kad. Tapi sebab dasar kedekut tak beli pun. Sorang dari kami, meredah lautan manusia terus pergi ke kuanter untuk mintak kad tu. Dapat free je tau tak. Kuang asam punya pakcik. Keluar je dari bangunan immigration ramai dah driver van untuk ke Hatyai menanti penumpang. Memang dia orang dah tau nak pergi Hatyai. Kami pilih Van yang agak besar jugak. Muat untuk kami 12 orang, budak-budak pun dapat seat. Satu van kami dapat dengan harga 700 baht. Jadi dibahagi sorang 70 baht. Sorang RM10, Okey lah kan.

Perjalanan dari Danok ke Hatyai lebih kurang 1 jam je. Dia hantar terus ke Hotel. V.I Hotel Hatyai, selesa sangat. Maaf lupa nak snap gambar hotel, ni hasil google sahaja. Kami ambil 4 bilik Executive Double, setiap bilik ada double Queen bad. Harga semalam hotel RM110.00 so satu bilik boleh masuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak kos RM 50.00+- untuk dewasa.  




Okey, sampai sini je untuk Part 1, tunggu nanti update part 2 pula. InsyaAllah. 

Bye,
Mell.

Thursday 7 April 2016

Perkongsian : Kelebihan Dan Fadlilat Ayat Kursi

Image result for bismillah pink

Hari ni nak share kelebihan ayat Kursi, tapi Mell copy paste je dari satu blog ni. 


So kite baca dan faham, mudah-mudahan kita sama-sama mendapat keberkatan dari pengkongsian yang bagus ni. 

________________________________________________________________________

Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksudTempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’Iaitu syiar ataskebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
______________________________________________________________

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)


Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnyakebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakirandidepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya danmenghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
   11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudayadan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.



Jalan-Jalan : Pulau Pinang (Part 1)

Assalamualaikum..

Hari tu pergi Penang. Satu hari je..Penat wei berjalan. Pergi 1 hari nak berjalan satu Penang kalau boleh. Tak ingat dah yg esoknye keje kan..Kitorng pg naik bas, rancangnye nak naik train. Tapi tak ade tiket. Ambik bas dlm pukul 1 pagi sampai Nibong Tebal dlm pukul 4.30 pagi.. Kejap je rupenye..ingatkan akan sampai 6 lebih. 

Harga tiket dari KL ke Nibong Tebal dalam RM32.00 so pergi balik untuk dua orng RM 128.00. Sampai je Station bas Nibong Tebal tu dah boleh ambik bas Rapid Penang pg ke Georgtown. Naik bas rapid je kalau naik teksi pon boleh tapi dorng charge RM 50.00. Mmg taklah. Mahal kemain, tanye pakai meter tak  meter pon tak pakai. Kalau naik bas RM 3.00 je kot. Bukan jauh pon, tak sampai 30 minit pon. 

Masa berborak dengan pakcik teksi tu sementara tunggu bas,

Pakcik teksi : Nak pg mane Georgtown tu?
Mell & Mell : Eammm (sambil pandang sesame sendiri)

Baru terfikir, aah lah celah mane kiorng nak tuju dah naik bas nanti. Terus pg signboard rapid usha-usha name tempat. Alamak semua name jalan je, mane konta, mane Bukit Bendera, mane Batu Ferringhi Semua tak ada. 




Bas first gerak pukul 5.00 pg, 2 bas dah lepas. Tak sure nak naik bas mane. Akhirnya terus naik bas yang ke-3, redho je..Bas tu pg pengkalan Weld. Melly cakap kalau salah kite patah balik. Nampak tak keredhoaan kami time tu. :)

Dalam 15 minit macam tu dah sampai bandar Georgtown, Kiorng turun depan Komtar. Sbb nak cari tempat nak mandi n solat. Bajet cari station minyak je. 

Gelap lagi time sampai.

Lepas tu, kuar cari tempat nak breakfast, masing-masing dah lapar. Jalan punye jalan jumpe dinding ni.

 

Terus excited, mmg dinding-dinding ni lah yang kami cari. hahaha. ada lagi nanti Mell tepek ye.

Tokong ni pon tutup lg.

Jalan lagi, lastly kiteorng jumpa station Pengkalan Weld,Jauh jugak ar jalan. kaki dah penat. Cari mkn makan kat tepi station, sambil-sambil fikir nak pg mane. 

Dah siap breakfast kiteorang pg station bas tu, tgk2 area mane dekat yang boleh dituju. Tengok kat situ boleh pg bukit bendera, ape lagi terus naik bas.

Naik bas terus selfi. hakhak

Masa perjalanan ke Bukit Bendera dari Pengkalan Weld ni tak lame pon, tapi paham-paham jelah kan naik bas. Kejap-kejap berhenti, tapi tak pe. Bolehlah tengok-tengok keliling. 

Bas ni plak terus berhenti kat depan pintu gerbang nak masuk. Omak ai, punye lah ramai orng. Sampai lupe nak ambik gambar. Sbb time ni dah kelang kabut, Mell pg beli tiket nak naik train Melly dah kemane-mane cari tandas. Mell dah sampai kuanter lupe plak nak ambik IC (kalau nak harga murah kene tunjuk IC)  kat Melly dah sudah kene patah balik n beratur semula dah la ramai org. Tak kire lagi kene marah dengan Melly sbb tak ambik IC die tadi. Dah tu die pon tak kasi mane nak tahu kan. huhuhu.

Sampai kat atas pusing-pusing, selamat lah sejuk kat atas nun. Tak lah berlengas sngt. 


Tu lah pokok pinang. Dah name pon pg Pulau Pinang kene tahu sejarah die kan. 

Tu lah Georgetown nampak tak?


hahaha..satu ape pon tak nampak. berkabus lah pulak kan. 


Sebelum turun Selfi, buat tanda.

Dekat atas Bukit Bendera ni ada satu muzium, muzium burung hantu. gigihlah masuk. Sbb org tu mmg suka burung hantu. Comel katenye. 

Masuk kene bayar, tiket kalau tak silap RM10.00. kalau tak silap lah, lupe dah. 



Pintu masuk nak masuk ke Muzium ni kat bawah food court tu.  

Garangnye lah awak ni. 


Dah name pun Muzium, banyak yang nak kene baca. Iolls pening..


Rase mcm nak bawak balik je..Mate tu mate, Geram sangat.


Ada org tu berangan nak beli semua frame ni kat rumah. Berangan saje lah ye. 

Muzium ni kecik je tapi banyak jugak lah yang dorng display. tak lame pun dalam ni. 2x pusing je. kasi Melly puas tengok kalau tak nanti tu je yg die dok ulang. 

Lepas kuar dari Muzium Owl tu lepak-lepak jap kat food court rancang lagi nak pg mane lepes ni. 


tekun tenguk peta, kalau sesat tak tau lah nak ckp ape. 

Ingat nak pg pantai, ambik angin pantai plk. Tapi cancel sbb panas lik-lik. Naik bas terus turun kat Komtar. Nak lah tgk jugak ape yang best sangat kat komtar tu kan. Tah lah tak ade ape pon. banyak kedai tutup, nak cari mkn pon tak dek. Akhirnye lunch KFC je, nak makan nasi kandar xde mood plak. Orng kate kalau pg Pulau Pinang wajib makan nasi kandar, tapi fikir-fikir kat KL pon ade. hahaha..

Okey dah sampai kat sini je. Nanti sambung lagi, dah tajuk pon ade part 1 so tunggu part 2 plk ye.

bye,
Mell.



Monday 4 April 2016

K-Drama : Descendants of the Sun (Song Jong Ki & Song Hye Kyo)

Descendants of the Sun-p1.jpg

Hari ni nak cerite sikit drama yang tengah tgk. Descendants of the sun, drama yang tengah meletop-letop dan menjadi antara bualan antara peminat drama korea. Banyak dah forum2 yang dok cerita pasal kehebatan drama ni. Penyebab utama drama ini dinanti-nantikan apabila drama ini adalah drama pertama Song Jong Ki selepas Jong Ki keluar dari latihan khidmat negara (Army Military) dan menjadi apabila membawa watak seorang pengawai tentera yang berkarisma. Sangat berkarisma ok, iolls dah jatuh cinta dengan Jong Ki, Hye Kyo tepi sane main jauh-jauh. eh.
Drama ni 16 ep, sampai minggu ni dah 12 ep. So tinggal lg 4 ep. Eam, cite best mmg rasa macam cepat je habis. kalau tak berjanggut tunggu nak abis. Boleh ke request cite ni jadi 50 ep. Biarlah kami muak tgk Jong Ki, tak pe. Asal kami happy.


Mell cite sikit episod awal-awal cite ni ye dulu nanti kalau sempat mell cite sampai abis.


Shi Jin (Song Jong Ki) seorang kepten pasukan khas, yang bertugas di luar korea selatan. Shin Ji dan Sarjan Dae Young (Jin Goo) telah menangkap seorang pencuri semasa meraka sedang bercuti. Semasa pencuri tersebut dapat ditangkap pencuri tersebut tercedera dan mereka membantu pencuri tersebut untuk mendapatkan rawatan dan mengantar ke hospital. Tetapi dalam tak sedar handphone Dae Young dicuri oleh pencuri tersebut. Mereka mencari pencuri tersebut dihospital untuk mendapatkan handphone semula. 

Di dalam wad kecemasan, Shi Jin telah bertemu dengan Dr. Mo Yeon (Song Hye Kyo) dan terus jatuh cinta, kire macam cinta pandang pertamalah. huhuhu. Tetapi Dr. Mo Yeon mengaggap Shi Jin adalah ketua pencuri tersebut. Dengan bantuan doktor tentera Myeong Joo yang bertugas bersama-sama dengan mereka dan juga kawan Mo Yeon semasa belajar berubatan membuktikan menyakinkan bahawa Shi Jin adalah seorang askar.

Shi Jin dan Mo Yeon berkenalan dan jatuh cinta, tetapi tuntutan kerja mereka sebagai seorang anggota tentera dan doktor tidak berjalan dengan lancar kerana masa dan tanggung jawap yang berbeza. Shi Jin sebagai seorang tentera, membunuh untuk melindungi nyawa dan Mo Yeon sebagai seorang doktor menyelamatkan semua nyawa walaupun perlu mengadaikan nyawanya sendiri. Akhirnya mereka berpisah. Shi Jin mendapat perintah membawa pasukannya untuk misi keamanan di negara Uruk.

Lapan bulan kemudian, Mo Yeon berselisih faham dengan ketua dihospital yang dia bertugas. Oleh kerana itu Mo Yeon mendapat hukuman untuk memimpin pasukan perubatan ke Uruk. bermula dari hari itu Mo Yeon bertemu semula dengan Shi Jin. 

Eh, macam penat plak nak teruskan mengarang..hahaha..tak pe lah..nanti mell sambung ye. lepas cite ni abis lah kot. Sementara tu layan gambar dulu ye....






 Drama ni bayak sangat scene sweet-sweet tahap potong kaki punye. Chemistry antara Jong Ki  dengan Hye Kyo sangat kuat. Tapi bukan song song couple ni je kite tak sabar nak tengok, couple kat bawah ni pon tak kurang hebat. Sweet! 

Resipi : Tteokbokki (Rice Cake Korean)

Assalamualaikum..

hari ni mell nak kongsi resipi!

hari ni jom kite buat kek beras..kan selalu kalau kite tengok drama korea ada dorng makan tteokbokki ni. Dah selalu sangat tengok dorng makan, mmg teringin lah kan..dah beberape kali makan tteokbokki ni, tapi tak pernah buat sendiri plk..

So saje lah try buat, jadi plak tu..tapi masin sikit..hahaha..lepas ni kalau buat lagi kene ingat jangan masukkan garam banyak sangat. 

firstly mell nak tunjukkan cara buat kek beras tu. kalau tak ada kek beras tu mcm mana nak jadi tteokbokkinye kan. Kek beras ni boleh je beli kat mane-mane supermarket, tapi mell dah cari kat giant hari tu tak ada plak..habis lah kot tu. ha! jom kite start buat kek beras dulu lepas tu baru buat tteokbokki!!!

bahan-bahan: 

500g tepung beras
sedikit garam
Air panas

bahan-bahan nak buat rice cake ni mmg tak banyak pon..yang penting kene guna tepung beras. Mell tgk kat blog mane tah diorng pakai beras sushi tu, tapi dah dasar pemalas kite guna tepung beras je..hahaha..

-Rujuk no kat pic ni ye-

1. satukan tepung dengan garam. Gaul rata.

2. Masukkan air panas sikit-sikit, jangan masukkan banyak terus takut terover air plak.

3. Dah agak-agak okey, masukkan kat dalam pengukus. Kukus dalam masa 30min. Kukus sampai masak tau. Kalau tak masak takut nanti makan melekat dalam mulut. 

4. ha, tu lah bentuk dia kalau dah masak. 




5. Step yang ke-5 ni yang paling penat nak buat. Sebab lagi lama uli lagi sedap kek beras tu. Uli adunan ni time panas,  kalau dah sejuk tak jadi plak. Kek beras ni sedap kalau dia ade rasa kenyal-kenyal, baru lah mak mentua korean korang sayang!

6. Rasa rasa adunan dah okey, dah boleh bentuk kan mcm slider. Sapukan minyak bijan sikit kat tempat yang nak bentukkan, supaya nanti tak melekat. ketebalan boleh ikut suka, Mell buat lebih kurang besar jari jemari, hahaha..bukan jari Mell tau, tak kan lah jari Mell besar macam tu. Tu jari sape tah..hihiihi..

7 & 8. dah siap! kalau ikutkan berape banyak yang boleh dapat, dalam satu pinggan makan. boleh makan untuk 3-4 orang. 

Mell teruskan buat Tteokbokki pedas. 

Bahan bahan :

Kek Beras 
3 keping kek ikan
Daun bawang
Gochujang (beli kat giant) *dalam bekas warna merah.
Ikan Bilis (Guan kiub ikan bilis je)
Gula
Bijan 
Telur (ikut Suka)
Bahan Bahan



1. Rebus ikan bilis, Mell didihkan sekejap kiub ikan bilis tu, lepas dah mendidih masukan Gochujang, Kek ikan yang di potong-potong, daun bawang. kalau nak masuk telur pastikan telur rebus ye. Air yang digunakan mengikut citarasa. Kalau suka pedas boleh masukkan serbuk cili. lepas tu perasakan dengan garam dan gula.


-Lepas masukkan semua, biarkan tteokbokki ni kering dan menjadi pekat.


-Dah siap!-

Nak buat tteokbokki mmg senang, yang leceh nak buat rice cake tu. kalau reti kungfu mmg dah berkungfu.

Okey tu je. Selamat menikmati Tteokbokki ye. 

bye,
Mell 

Wednesday 23 March 2016

Hari pertama kembali berblogging!!

Assalamualaikum..

Panggil saya mell. Ni blog kedua mell, sebelum ni ada satu blog tapi dah lupe password. So mell  buat blog lain. terasa macam nak kembali berblog. Tapi kali ni, blog ni bertemakan kami berdua, Mell and Melly. Nak tahu apa yang akan Mell and Melly beradvanture nantikan..hihihi..

bye dulu..nak godek-godek blog jap..kasi cantik!!